WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CIPTA SKRIN BOLEH DIJILAT

Seorang wanita merasa skrin TV ciptaan Miyashita. - Foto ABC7


Back To Whats Hot

Tokyo: Seorang pakar sains dan teknologi di Jepun memperkenalkan ciptaan terbaharunya iaitu skrin televisyen yang boleh dijilat untuk merasa makanan.

Homei Miyashita yang juga Profesor Madya Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Meiji berkata, ciptaannya Rasa TV menggunakan gabungan 10 perisa bagi menghasilkan rasa makanan yang digambarkan skrin.

Profesor terbabit berkata beliau yakin teknologi itu akan membantu orang ramai yang sukar atau tidak boleh melancong untuk menikmati sampel rasa makanan daripada seluruh dunia.

"Saya sedang memikirkan untuk membuat platform di mana cita rasa dari seluruh dunia boleh diedarkan sebagai 'kandungan rasa'.

"Ia sama seperti menonton filem atau mendengar lagu yang anda gemari," katanya yang menunjukkan demonstrasi merasa televisyen itu.

Miyashita berharap orang ramai boleh memuat turun dan menikmati rasa makanan daripada restoran terkenal tidak kira di mana sahaja di masa hadapan.

Dalam laman web kolejnya, pensyarah itu menjelaskan hasil kerjanya menyasarkan untuk "mengkaji hubungan antara manusia dan kandungan."

"Saya percaya kita tidak boleh membina hubungan manusia-kandungan baharu melainkan kita menetapkan kandungan yang sama pentingnya dengan makanan dan udara," tulisnya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini