WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KES OMICRON DISYAKI PENULARAN TEMPATAN DI SARAWAK LIBATKAN SEORANG WARGA CHINA

Jelas Khairy warga China yang positif varian Omicron di Sarawak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tiga tahun ini. - Foto Bernama


Back To Whats Hot

PUTRAJAYA: Satu kes COVID-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan telah dikesan di Sarawak pada 24 Disember 2021.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kes merupakan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

"Kes telah menjalani ujuan COVID-19 pada 18 dis kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

Keputusan sampel didapati positif COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember," katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Khairy berkata sampel kes telah dihantar ke Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti UniversitI Malaysia Sarawak (IHCM UNIMAS) untuk ujian genomic sequences dan telah disahkan positif untuk varian Omicron pada 23 Disember.

"Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tiga tahun ini

"Punca jangkitan masih belum dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh Pejabat kesihatan Bahagian Kuching. Kes juga telah lengkap vaksinasi dan keadaannya stabil," tambahnya.

Seramai dua kontak telah dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial

Kedua dua kontak ini telah diberi arahan untuk menjalani kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari dan keputusan ujian sampel pertama bagi kedua dua mereka adalah negatif COVID 19.

Untuk rekod IHCM UNIMAS telah mengumumkan mengenai pengesahan empat kes varian Omicron di Sarawak pada Jumaat.

Dengan keputusan terbaharu ini jumlah kumulatif kes varian Omicron di Malaysia kini berjumlah 62 kes

Daripada jumlah itu 61 kes adalah jangkitan import luar negara manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan jangkitan tempatan.

Sumber: AWANI

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini