WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

GUNA TEH BAYAR HUTANG MINYAK

Iran bersetuju untuk menerima teh sebagai bayaran kepada hutang minyak oleh Sri Lanka


Back To Whats Hot

Tehran: Iran bersetuju untuk menerima teh sebagai bayaran kepada hutang minyak oleh Sri Lanka yang bernilai AS$251 juta (kira-kira RM1 bilion), lapor media negara itu pada Khamis.

"Dalam rundingan baru-baru ini, kami menerima perjanjian bertulis untuk Iran menerima bayaran hutang dan faedah dalam bentuk penghantaran bulanan teh yang dihasilkan di Sri Lanka," kata Ketua Organisasi Penggalakan Perdagangan Iran.

Alireza Peyman-Pak dilapor berkata, persetujuan itu dicapai pada Selasa dan Sri Lanka akan mengeskport teh ke Iran setiap bulan, sehingga hutang berkenaan selesai.

Hutang berkenaan berkaitan pembekalan minyak dari Iran ke Sri Lanka, sembilan tahun lalu.

Pada 2016, penggunaan teh Sri Lanka digunakan sebahagian daripada rakyat Iran, namun ia semakin menurun beberapa tahun kebelakangan ini.

Perjanjian pertukaran barter itu akan membolehkan Iran yang berdepan pelbagai sekatan untuk mengelak daripada menggunakan mata wang terhad untuk membayar import bahan mentah ruji yang digunakan secara meluas di negara itu, kata Peyman-Pak.

"Iran dan Sri Lanka mempunyai potensi perdagangan yang sangat baik," katanya sambil menambah jumlah eksport bukan minyak Iran ke negara itu bernilai AS$100 juta (kira-kira RM419 juta) setahun.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini