WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TAUFAN RAI BADAI FILIPINA, LEBIH 45,000 PENDUDUK BERPINDAH

Taufan itu membawa angin kencang sekuat 165 kilometer sejam ketika melalui bahagian tengah dan selatan Filipina


Back To Whats Hot

DAPA: Lebih 45,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing  ketika Taufan Rai membadai Filipina hari ini.

Taufan itu membawa angin kencang sekuat 165 kilometer sejam ketika melalui bahagian tengah dan selatan Filipina.

Agensi cuaca kebangsaan memaklumkan, taufan itu turut membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

“Taufan Rai dijangka boleh menyebabkan kemusnahan sederhana terhadap infrastruktur, terutamanya di kawasan yang menjadi laluan ribut itu,” menurut agensi tersebut.

Selain itu, Rai atau penduduk tempatan menamakannya sebagai Odette turut menyebabkan sejumlah penerbangan dibatalkan dan puluhan pelabuhan ditutup sementara waktu.

Sumber: Utusan Malaysia
Foto AFP
 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini