WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

JENIS DARAH BOLEH TAHU PERSONALITI DIRI KITA. MACAM MANA?

Dari Jenis Darah Boleh Tahu Personaliti Diri Kita


Back To Whats Hot

Darah A

Individu yang tegas
Bersifat konservatif, bertanggungjawab dan menepati masa
Kerja rumah dan tugasan siap pada waktunya
Paling berjimat cermat dan sikap inilah yang menjadikan individu darah jenis A berjaya
Mudah mesra dengan individu darah yang sama jenis, AB dan O
Mereka lebih menghargai dan tertarik kepada sifar rasional dan sistematik dari AD dan sifat kepimpinan O. 

Darah B

Lebih ceria dan suka bergembira. Senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. 
Suka lakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba seperti memandu 3 jam hanya untuk makan nasi lemak yang mereka nampak dalam majalah
Mereka dari darah jenis B berkawan baik dengan individu dari kumpulan darah yang sama dan AB
Hubungan antara kedua jenis darah ni berpotensi untuk kekal lebih panjang.

Darah AB

Seorang pemikir yang hebat, lebih tenang, rasional dan teratur
Dengar banyak pendapat sebelum buat keputusan
Suka menjelaskan sesuatu perkara secara panjang lebar
Seorang yang sangat teratur
Mudah mesra dengan semua jenis darah mungkin disebabkan perwatakan mereka yang tenang ni

Darah O

Lahir sebagai seorang pemimpin kerana mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah.
Mudah memujuk orang lain dan menukar pemikiran orang lain
Seseorang yang suka menonjolkan diri
Seorang yang berkeyakinan tinggi dan keberanian yang menyerlah
Lebih selesa berkawan rapat yang mereka dari kumpulan AB namun kurang mesra dalam kumpulan darah yang sama.