WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

GADAI NYAWA PADA GEAR PESAWAT

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas ditemukan masih hidup dalam gear pendaratan


Back To Whats Hot

Washington: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas ditemukan masih hidup dalam gear pendaratan pada sebuah pesawat.

Penerbangan dari Guatemala itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami (MIA).

Portal Independent melaporkan, video yang disiarkan dalam talian oleh Instagram Only in Dade menunjukkan lelaki yang tidak dikenali itu berpakaian seluar jean, kemeja-T kelabu dan jaket dengan beg sandang di tubuhnya.

Dia dilihat duduk di atas kawasan bertar di lapangan terbang selepas ditahan pihak berkuasa.

"Lelaki ini tiba ke MIA dengan menyelinap dalam gear pendaratan pesawat dari penerbangan Guatemala.

"Penerbangan itu mengambil masa kira-kira dua jam tiga puluh minit dan saksi berkata dia tidak cedera," demikian kapsyen akaun itu.

Video itu ditonton lebih 505,000 kali oleh pengguna media sosial.

Dalam video lain yang disiarkan, lelaki itu boleh dilihat dikelilingi oleh penguat kuasa undang-undang.

Petugas perkhidmatan perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan dan memberi air kepada lelaki itu.

Terdahulu, penguat kuasa undang-undang bergegas ke pesawat itu selepas ia mendarat di Miami, pada jam 10 pagi, Sabtu lalu.

Kemudian, pegawai dari Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat menahan lelaki terbabit.

"Orang ramai mengambil risiko yang melampau apabila mereka cuba menyembunyikan diri dalam ruang terkurung seperti pesawat.

"Kejadian ini masih dalam siasatan," menurut maklumat menerusi kapsyen itu lagi.

Pengguna media sosial menyatakan rasa terkejut dan lega kerana lelaki itu terselamat dalam perjalanan sejauh 1,600 kilometer pada ketinggian lebih 53,000 meter (m).

"Sungguh luar biasa. Biasanya gear pendaratan 'meremukkan' orang ini.

"Ruang roda biasanya mempunyai ruang yang (hanya) cukup untuk gear dan tiada ruang kosong," tulis seorang pengguna.

"Selepas hidraulik, dua setengah jam pada (ketinggian) 33,000 kaki (53,000 m) dan pengalaman hampir mati? Saya sebenarnya tidak pasti bagaimana dia hidup.

"Pesawat di mana lelaki ini dikatakan disimpan, berhimpit di dalam roda, terbang pada ketinggian 33,000 kaki, di mana suhu udara adalah negatif 50 darjah Celcius," tulis seorang lagi.

Sumber: Harian Metro
Foto Twitter