WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'KEMARUK' MAKAN ABU MAYAT SUAMI

Itu ketagihan pelik didedahkan seorang wanita menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini


Back To Whats Hot

London: Gemar makan abu mayat mendiang suami.

Itu ketagihan pelik didedahkan seorang wanita menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Laman berita LadBible melaporkan, wanita yang hanya dikenali sebagai Casie itu membuat pengakuan menerusi program televisyen My Strange Addiction.

Casie kehilangan suaminya akibat serangan asthma kronik pada 2019.

Kegilaan memakan abu mayat itu bermula apabila sebahagian daripada abu tersebut tertumpah di atas tangan Casie.

"Selepas ia tertumpah, saya tidak mahu mengelapnya memandangkan abu mayat itu adalah suami saya. Saya juga tidak mahu membuangnya lalu saya menjilat abu itu daripada jari-jemari saya," katanya.

Menurut wanita itu, dia akan mencelupkan jarinya ke dalam bekas berisi abu mayat itu dan menjilatnya.

"Rasanya seperti telur yang busuk dan pasir namun saya sukakannya.

"Memandangkan saya tidak membuang suami daripada kehidupan ini, saya kemudian 'memakannya'," kata Casie.

Casie berharap ketagihan peliknya itu mampu dihentikan sebelum kesemua abu itu habis ditelan.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi