• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AISHWARYA TERPAKSA NAIKI PERIUK

Pasangan pengantin baharu di Kerala mencatatkan sejarah tersendiri apabila menaiki periuk besar ke upacara perkahwinan mereka


Back To Whats Hot

New Delhi: Pasangan pengantin baharu di Kerala mencatatkan sejarah tersendiri apabila menaiki periuk besar ke upacara perkahwinan mereka.

Ini kerana hujan lebat mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Kerala, India menyebabkan mereka tiada pilihan lain untuk ke sebuah kuil kecil di Thalavady, lapor Daily Star.

Akash dan Aishwarya, meminjam periuk itu dari kuil tempatan untuk ke upacara menukar kalungan bunga, tradisi yang banyak diamalkan dalam upacara perkahwinan Hindu.

"Ini menjadi perkahwinan yang tidak pernah kami bayangkan," kata Aishwarya.

Video yang dikongsi di Twitter menunjukkan pengantin duduk di dalam periuk besar sementara dua lelaki dan seorang jurugambar meredah air.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua pengantin berkenaan adalah pekerja kesihatan di sebuah hospital di Chengannur.

Mereka tetap mahu melangsungkan perkahwinan mereka walaupun banjir dan hujan lebat yang mengorbankan 27 orang setakat ini.

Rakaman berkenaan menjadi tular di media sosial dengan netizen memberikan komen mengenai inisiatif mereka menggunakan 'kapal' itu.

"Walaupun banjir, mereka tetap beruntung kerana dapat bernikah tanpa melepasi waktu terbaik," kata seorang netizen.

Sumber: Harian Metro
Foto Twitter