WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CIRI ‘TAKE A BREAK’ BAKAL DIPERKENALKAN, MAHU GALAKKAN PENGGUNA BEREHAT GUNA INSTAGRAM

Ciri terbaharu itu diperkenalkan kumpulan Facebook bertujuan untuk mendorong penggunanya menghadkan penggunaan Instagram setiap hari


Back To Whats Hot

Berehat seketika daripada menggunakan Instagram. Ini adalah ciri terbaharu yang diperkenalkan oleh rangkaian sosial popular itu.

Ciri terbaharu itu diperkenalkan kumpulan Facebook bertujuan untuk mendorong penggunanya menghadkan penggunaan Instagram setiap hari dan berehat daripada dunia media sosial.

Pengenalan ciri terbaharu itu tentunya sesuatu yang mengejutkan kerana ia bukan perkara normal untuk sebuah laman sosial gergasi seperti Instagram meminta penggunanya berehat.

Bagaimanapun dengan pelbagai isu dan skandal melibatkan kumpulan Facebook sejak kebelakangan ini, tindakan itu dilihat sebagai salah satu langkah untuk mendapat perhatian penggunanya.

Inisiatif itu dilancarkan seminggu selepas pendedahan pemberi maklumat, Frances Haugen yang mengesahkan kajian yang dilakukan secara tertutup menunjukkan Instagram memberi kesan negatif kepada kesihatan mental penggunanya.

Bagaimanapun naib presiden Facebook, Nick Clegg tidak memberi maklumat terperinci berhubung pengenalan ciri terbaharu itu yang dikenali sebagai Take a Break.

"Ciri terbaharu itu menyasarkan pengguna dalam kalangan remaja untuk berehat daripada menggunakan Instagram. Pengenalan ciri terbaharu ini adalah perkara yang sepatutnya dan telah dirancang sejak beberapa tahun lalu," ujarnya.

Tujuan utamanya kata Nick adalah untuk menyekat interaksi golongan remaja dengan pengguna yang tidak dikenali sekali gus boleh membahayakan mereka.

Pada akhir September lalu, Adam Mosseri mengumumkan menangguhkan perancangan untuk menghasilkan Instagram Kids selepas laporan penyiasatan oleh Wall Street Journal's dikeluarkan.

Sumber: mStar