WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SARAWAK UMUM SOP BERJEMAAH MINGGU DEPAN

Jemaah solat Jumaat di Masjid Bahagian Bandar Raya Kuching, dengan mematuhi SOP


Back To Whats Hot

KUCHING: Sarawak akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk solat Jumaat dan solat berjemaah lima waktu minggi depan.

Walaupun negeri itu hampir mencapai imuniti kelompok, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata bilangan jemaah solat di masjid atau surau yang diumumkan sebelum ini masih berkuat kuasa.

"Sebarang perubahan berhubung jumlah jemaah di masjid dan surau akan diumumkan awal minggu depan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 18 Julai lalu, seramai 500 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Jumlah jemaah solat Jumaat di masjid bahagian, daerah, daerah kecil dan masjid kariah pula dibenarkan tidak melebihi seramai 150 orang.

Bagi surau yang mengadakan solat Jumaat pula, jumlah jemaah yang dibenarkan tidak lebih 70 orang.

Bagi solat lima waktu pula, Masjid Jamek Negeri dibenarkan seramai 120 jemaah, manakala masjid bahagian, masjid daerah, daerah kecil serta masjid kariah pula tidak lebih 100 orang dan surau pula tidak lebih 70 orang.

Sumber: Berita Harian
oleh Mohd Roji Kawi 
mdroji@nstp.com.my
Foto NSTP/NADIM BOKHARI