WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ANDREW GARFIELD TAK MENGAKU BERLAKON DALAM FILEM BARU 'SPIDER-MAN'

Pelakon Andrew Garfield menafikan dan menepis tegas khabar angin mendakwa kemunculannya beraksi di dalam filem Spider-Man: No Way Home


Back To Whats Hot

Los Angeles: Pelakon Andrew Garfield menafikan dan menepis tegas  khabar angin mendakwa kemunculannya beraksi  di dalam filem Spider-Man: No Way Home.

Garfield yang menjawab soalan Jimmy Fallon berkenaan khabar angin hangat itu berkata, fotonya yang konon terbabit dalam filem Spider-Man: No Way Home berkenaan dan tular di internet adalah tidak benar.

"Saya tidak yakin mengenai hal itu (foto tular)," katanya.

Biarpun terus diasak oleh Fallon, Garfield tetap memberikan jawapan sama.

"Saya mengetahui tentang (foto) itu, dan saya sudah melihatnya, ia (hasil edit) photoshop," katanya dalam video The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, semalam.

Garfield juga mengakui dia sudah melihat 'trailer' Spider-Man: No Way Home. Dia sangat teruja dan merasakan bahawa Tom Holland adalah aktor yang tepat untuk membawa watak Peter Parker.

Terdahulu, beberapa gambar yang memperlihatkan Garfield dan Tobey Maguire mengenakan kostum Spider-Man beredar tular di Internet.

Mereka berdua kelihatan berbincang di sebuah tempat. Justeru, ia memperkuatkan lagi andaian bahawa kedua-dua pelakon hebat itu akan kembali membintangi watak sebagai Spider-Man dalam Spider-Man: No Way Home.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi