WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

DIPAKSA BERSKIP 3,000 KALI

Seorang remaja perempuan disahkan menghidap masalah sendi serius selepas dipaksa berskip (skipping)


Back To Whats Hot

Beijing: Seorang remaja perempuan disahkan menghidap masalah sendi serius selepas dipaksa berskip (skipping) 3,000 kali sehari.

Tindakan gila itu terpaksa dilakukan kanak-kanak kerana ibunya menganggap itu cara terbaik untuk dia menjadi tinggi.

Media China melaporkan remaja berusia 13 tahun itu dari Hangzhou, wilayah Zhejiang itu dikesan mengalami kesakitan serius pada tumitnya selepas dipaksa berbuat demikian.

Mangsa mengadu kesakitan dialami kepada ibunya, namun wanita itu menuduh anaknya malas.

Wanita itu hanya membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan doktor selepas kesakitan itu menjadi semakin serius.

Selepas menjalani pemeriksaan fizikal, doktor mengesahkan kecederaan serius pada sendi dan memberi amaran senaman ekstrem boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Wanita itu memaklumkan kepada doktor bahawa dia bimbang anak perempuannya tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya.

Jadi, dia membuat keputusan supaya anaknya itu melakukan skipping.

Yuanyuan memiliki ketinggian 1.58 meter dengan berat 120 kilogram menyebabkan ibunya beranggapan senaman cara itu akan membolehkan anaknya menurunkan berat badan dan menjadi lebih tinggi.

Bagaimanapun, dengan berat badan sedemikian, ia pasti memberi risiko kecederaan serius pada remaja terbabit.

Wanita itu juga beranggapan pada usia sebegitu, anak perempuannya masih mampu menambah ketinggian dua sentimeter lagi.

"Lebih banyak senaman dilakukan, ia akan membantu menurunkan lebih banyak berat badan.

"Saya mahu dia kelihatan tinggi dan cantik," kata wanita itu.

Disebabkan menganggap masa semakin suntuk, wanita terbabit memaksa anaknya melakukan skipping antara 1,000 hingga 3,000 kali sehari, dengan tiga sesi pada pagi, tengah hari dan petang.

Kesakitan mula dirasai remaja terbabit yang melakukan 1,000 kali lompatan setiap sesi, selepas tiga bulan menjalani rutin berkenaan.

Kes dialami Yuanyuan bukan pertama kali dilaporkan memandangkan Jabatan Trauma di Hospital Ortopedik Hangzhou Fuyang pernah menerima laporan kes sama.

Kejadian sebelum ini membabitkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang dipaksa berskip antara 2,000 hingga 3,000 sehari selama tiga bulan.

Sumber: Harian Metro