WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEKERJA STESEN MINYAK JADI HERO! TINDAKAN PANTAS BERJAYA PADAMKAN API MARAK

Kelihatan asap hitam tebal di udara selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen minyak di Sibu, pagi Selasa


Back To Whats Hot

Tindakan pantas kakitangan sebuah stesen minyak di Sibu, Sarawak berjaya menghalang api daripada marak ketika sebuah lori tangki sedang mengisi petrol ke dalam tangki bawah tanah stesen berkenaan, pada Selasa.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Janggan Muling, dalam kejadian yang berlaku pukul 10.30 pagi itu, sebuah lori tangki sedang mengisi minyak ke dalam tangki simpanan bawah tanah apabila sebuah van turut tiba untuk mengisi petrol.

Secara tiba-tiba muncul percikan dan menyebabkan api mulai marak daripada tangki bawah tanah stesen berkenaan.

 

Orang awam yang berada berhampiran stesen minyak tersebut bertempiaran lari dibimbangi berlaku insiden buruk.

"Pekerja stesen minyak itu bertindak pantas menggunakan 11 alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran, sehingga ada yang turut tercedera," katanya.

Seorang pekerja wanita stesen berkenaan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan ringan.

Janggan dalam pada itu menambah, insiden berkenaan sewajarnya dijadikan iktibar kepada stesen minyak agar mengambil langkah pencegahan termasuk menghalang kenderaan mengisi minyak buat sementara waktu ketika kerja-kerja mengisi tangki bawah tanah sedang dilakukan.

Rakaman video kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Sumber: The Star