• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

RATU CANTIK MEXICO DIMAHKOTA SEBAGAI MISS UNIVERSE 2020

Andrea yang merupakan antara peserta pilihan berjaya menundukkan empat saingan hebat di pusingan akhir


Back To Whats Hot

PENGALAMAN di pentas Miss World pada 2017 menjadi kelebihan kepada Miss Universe Mexico, Andrea Meza apabila dimahkotakan sebagai Miss Universe 2020.

Andrea yang merupakan antara peserta pilihan berjaya menundukkan empat saingan hebat di pusingan akhir dalam acara yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, Amerika Syarikat.

Mengenakan gaun berwarna merah, Andrea muncul sebagai gadis ketiga dari negaranya yang dimahkotakan sebagai Miss Universe.

Kali pertama pada 1991 menerusi Lupita Jones dan kali terakhir pada 2010 menerusi Ximena Navarette.

Pada Miss World 2017, Andrea Meza muncul sebagai naib juara selepas Manushi Chillar dari India menjuarai pertandingan itu.

Andrea dimahkotakan oleh Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan sebentar tadi.

Sumber: AWANI
oleh Syafik Shukri Jalil