WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SYAMEL, ERNIE SELAMAT DIIJABKABULKAN

Dengan sekali lafaz, Syamel dan Ernie Zakri sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan di Masjid Puncak Alam, Selangor


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Syamel dan Ernie Zakri sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada jam 10.30 pagi tadi.

Pada majlis tertutup itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Syamel menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang manakala mas kahwin bernilai RM300 serta seutas gelang tangan berlian.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Berkongsi perasaan selepas bergelar isteri, Ernie meluahkan rasa syukur kerana majlis dirancang sempurna.

"Kami sangat lega kerana banyak cabaran dilalui apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi, banyak perkara harus dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Sedih kerana tidak ramai ahli keluarga dapat hadir kerana perlu patuh SOP. Namun, saya bersyukur kami sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

"Kami berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami," katanya BH Online.

Majlis resepsi bertemakan 'black tie' akan dianjurkan pada 3 April depan bagi meraikan rakan artis dan media.

Pasangan yang pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bertunang, Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star, empat tahun lalu.

Sumber: Berita Harian
Foto IG Ernie Zakri
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my