WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

RISAU MENGHIDAP DARAH TINGGI, 5 JENIS SAYUR-SAYURAN INI CUKUP BAIK UNTUK ANDA

Penghidap penyakit hipertensi perlu mengamalkan pola pemaknan sihat untuk menurunkan bacaan darah agar ia tetap dalam keadaan selamat


Back To Whats Hot

PENGHIDAP penyakit hipertensi perlu mengamalkan pola pemaknan sihat untuk menurunkan bacaan darah agar ia tetap dalam keadaan selamat.

Salah satu jenis diet yang selamat untuk diamalkan adalah DASH atau dietary approaches to stop hypertension.

Pola pemakanan ini menyarankan agar pesakit makan lebih banyak sayur, buah-buahan, protein rendah lemak serta pengambilan makanan dengan kandungan magnesium, kalium dan kalsium yang tinggi.

Semua sayur-sayuran secara umumnya kaya serta dan boleh membantu menguruskan kadar tekanan darah agar tetap stabil. Berikut adalah beberapa jenis sayur yang mampu menurunkan bacaan darah tinggi.

1. Brokoli

Brokolo termasuk dalam kategori makanan yang selamat dimakan oleh penderita darah tinggi. Sayuran ini kaya dengan kandungan kalsiumm, kalium, magnesium dan vitamin C yang mampu menjadi penurun bacaan darah tinggi.

Bagi mendapatkan manfaat maksimum brokoli, biarkan ia selama 40 minit selepas dipotong dan dibersihkan. Tujuannya bagi mengeluarkan enzim yang melawan keradangan. Selepas itu barulah ia dimasak sama ada dengan menumis, merebus atau dijadikan ulam.

2. Capsicum

Capsicum atau paprika merah tidak hanya pedas tetapi ia mengandungi kalium, vitamin A dan vitamin C. Ia juga mudah dimasak sama ada dipanggan atau ditumis dengan minyak zaitun.

3. Lobak merah

Lobak merah mengandungi senyawa felonik tinggi seperti klorogenik, p-coumaric dan asid caffeic. Ia membantu mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan keradangan dan membantu menurunkan kadar darah tinggi.

Penghidap hipertensi disarankan untuk makan lobak merah secara mentah bagi mendapatkan khasiatnya.

4. Saderi

Kandungan phthalides dalam saderi membuatkan sayuran ini kaya dengan serat yang mampu menurunkan kadar darah tinggi pesakit.

Seperti lobak merah, ia juga mampu mengendurkan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah tinggi.

Tidak seperti lobak merah, saderi sebaik-baiknya dimasak dalam memastikan manfaatnya dapat memberi kesan kepada pesakit.

5. Bayam

Bayam kaya dengan nitrat, kalium, kalsium dan magnesium. Dalam satu kajian, rutin makan bayam selama tujuh hari dapat mengawal darah tinggi. Ia juga baik untuk mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan kerja jantung.

Sumber: mStar