WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

SILA AMBIL TAHU... ADA 3 CARA AIR LIUR BOLEH SEBARKAN VIRUS DAN PENYAKIT

MULUT adalah rumah bagi ribuan mikroorgamisme dan atas sebab itu juga air liur mengandungi bakteria berbahaya


Back To Whats Hot

MULUT adalah rumah bagi ribuan mikroorgamisme dan atas sebab itu juga air liur mengandungi bakteria berbahaya. Jadi, apa akan berlaku sekiranya air liur kita terkena pada orang lain dan sebaliknya?

Pakar kesihatan awam, Michael Benninger menjelaskan air liur sebenarnya berfungsi sebagai pertahanan penting tubuh manusia. Ini kerana air liur memiliki antibodi dan enzim yang mampu mengurangkan risiko penularan sesuatu penyakit.

Bagaimanapun, ia juga mampu menularkan penyakit tertentu!

"Air liur boleh mengandungi virus. Itu sebabnya berkongsi makanan atau alatan seperti sudu dan garfu boleh menjadi penyebab penularan sesuatu penyakit atau virus," katanya.

Beberapa jenis penyakit yang boleh ditularkan menerusi air liur termasuklah virus selesema, virus Epstein-Barr, Herpes jenis 1, bakteria keradangan, Hepatitis B dan C, dan Cytomegalovirus (turut merisikokan bayi dalam kandungan).

Pendedahan dan penularan terhadap virus tersebut boleh berlaku menerusi;

1. Ciuman

Bercium mampu memindahkan virus yang ada di dalam mulut atau air liur masuk ke kerongkong dan paru-paru.

"Mereka yang terdedah kepada virus Covid-19 juga perlu menghindari daripada berciuman dengan pasangan," kata Benninger.

Virus lain seperti selesema dan batuk juga dapat menyebar melalui ciuman. Mencium seseorang ketika deman atau selesema juga dapat menyebarkan virus herpes sekiranya pesakit mengalami penyakit itu.

2. Bersin

Air liur juga boleh tersebar ketika seseorang itu bersin. Atas sebab itu, kita disarankan untuk melakukan penjarakan sosial bagi menghindari penularan virus Covid-19.

Ketika seseorang itu bersin, titisan lendir dan air liur boleh tersebar dengan cepat namun jika jarak dengan orang yang bersin cukup jauh, risiko terkena titisan air liur sangat kecil.

3. Berkongsi berus gigi

Berus gigi dapat menyebabkan keadaan dipanggil mikrotrauma sebabnya air liur orang lain dapat bersentuhan dengan air mata di selaput lendir dan menularkan jangkitan.

Berkongsi berus gigi sangatr berisiko jika anda memiliki sistem ketahanan tubuh yang sedia ada lemah.

Sumber: mStar