RAMAI daripada kita yang mengalami tekanan ekoran pandemik Covid-19 yang masih belum berkesudahan.
Tekanan bukan sahaja disebabkan kita perlu menukar cara hidup kepada norma baharu tetapi juga kesan daripada ekonomi dan sosial yang memburuk ekoran penularan wabak.
Bagaimanapun, tekanan boleh dikurangkan dengan pelbagai cara termasuk memiliki tanaman hijau yang diletakkan di dalam rumah.
Berikut adalah 5 jenis tanaman hiasan yang boleh menurunkan tekanan.
1. Pudina
Tidak hanya digunakan untuk memasak, kajian oleh Universiti Wheeling Jesuit mendapati aromanya dapat menurunkan perasaan sedih dan membuatkan seseorang lebih bersemangat.
2. Bunga melati
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Biological Chemistry mendapati bahawa aroma bunga melati boleh membuatkan hati seseorang tenang.
3. Lidah buaya
Tidak seperti namanya, lidah buaya sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat termasuk membersihkan udara dan merembeskan oksigen terutamanya pada waktu malam.
Udara yang bersih dapat membuatkan seseorang lebih tenang.
4. Lavender
Lavender cukup popular digunakan sebagai bahan utama minyak aromaterapi dan sebuah kajian mendapati menghidu bau lavender selama 10 minit mampu memberi kesan signifikan pada sistem saraf wanita yang sedang datang bulan.
Ia juga mampu mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan.
5. Basil
Basil mengandungi linalool yang mencetuskan rasa aman dan tenang. Ia bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan makanan, tetapi cukup cantik dijadikan perhiasan meja.
Sumber: mStar
I would love to receive more updates from CatsFM !