• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SEJUTA DAFTAR VAKSIN COVID-19 MENERUSI MYSEJAHTERA - KHAIRY

Bilangan pendaftaran terus mencatatkan peningkatan selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan secara besar-besaran pada Rabu


Back To Whats Hot

SEJUTA individu telah mendaftar untuk vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan angka tersebut menerusi satu ciapan pada Jumaat, sambil menambah lebih ramai petugas barisan hadapan (frontliners) juga menerima suntikan vaksin mereka.

"Ia selamat, berkesan," kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau, pada Jumaat.

Bilangan pendaftaran terus mencatatkan peningkatan selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan secara besar-besaran pada Rabu.

Walaupun jumlah yang memberangsangkan, Khairy terus menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan Covid-19 mereka di aplikasi MySejahtera.

"Sama-sama akhiri wabak ini. Ambil vaksin. Daftar hari ini," kata beliau dengan menyertakan tanda pagar (hashtag) #LindungDiriLindungSemua.

Menerusi ciapan berasingan, Khairy berkata, 'Long Covid' atau kesan jangka panjang Covid-19 adalah antara sebab utama rakyat Malaysia perlu menerima vaksin bagi melindungi diri dan semua.

"Hujah 'saya sihat, dapat Covid pun takkan mati' tidak mengambil kira kesan teruk Long Covid," kata beliau.

'Long Covid' merupakan terma yang merujuk kepada keadaan di mana pesakit Covid-19 masih melaporkan keadaan tidak sihat beberapa minggu selepas jangkitan pertama mereka, dengan beberapa gejala yang dialami jauh lebih lama daripada itu.

Sumber: mStar
Oleh Clarissa Chung
Foto Azhar Mahfof/The Star