WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LAMBAT SARAPAN SALAH SATU DARIPADA 5 PUNCA LELAKI CEPAT BOTAK WALAU MASIH MUDA

Masalah botak dan keguguran rambut dalam kalangan lelaki adalah perkara biasa dan biasanya ramai menyalahkan faktor usia


Back To Whats Hot

MASALAH botak dan keguguran rambut dalam kalangan lelaki adalah perkara biasa dan biasanya ramai menyalahkan faktor usia sebagai punca utama ia berlaku.

Rambut yang semakin menipis dan botak pada bahagian sisi depan kepala memang boleh membuatkan seorang lelaki 'murung' dan merendahkan keyakinan.

Tetapi sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa lelaki senang botak meskipun masih muda.

1. Terlalu banyak guna syampu

Ramai merasakan penggunaan syampu setiap kali mandi boleh membuatkan rambut lebih sihat dan kuat. Tetapi kenyataannya, kebiasaan ini akan membuatkan rambut mudah kering dan rapuh.

Ia membuatkan rambut anda senang gugur dan akhirnya menjadi botak. Sebaik-baiknya, gunakan syampu yang sesuai dan jangan menggosok kepala dengan kasar.

Penggunaan perapi rambut juga dapat membantu menguatkan rambut anda.

2. Terus sikat selepas lap rambut

Sudah menjadi kebiasaan kita akan mengelap rambut menggunakan tuala selepas mandi dan menyisirnya kemas. Kebiasaan itu sebenarnya turut menjadi penyebab rambut mudah botak.

Sebaik-baiknya, selepas mengelap rambut, biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum disikat.

3. Penggunaan produk rambut

Sudah menjadi kelaziman bagi para lelaki menggunakan produk rambut bagi menjadikannya lebih kemas.

Bagaimanapun kekerapan penggunaan bahan-bahan ini boleh menyebabkan rambut cepat rosak dan gugur. Penggunaan wax atau pomade boleh membuatkan folikel rambut menjadi kering dan rapuh akibat tindak balas kimia dalam produk tersebut.

4. Lewat sarapan

Apa kaitannya rambut gugur dengan lambat bersarapan? Pola pemakanan sangat memberi kesan kepada pertumbuhan rambut.

Jika badan tidak mendapat nutrisi penting pada waktu pagi, tubuh dan rambut tidak akan mendapatkan 'bahan bakar' yang cukup untuk menjalankan fungsinya.

5. Merokok

Bagi perokok, jangan hairan jika rambut anda cepat botak! Ini kerana rokok dapat menyebabkan tekanan oksidatif iaitu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut apabila terkena asapnya.

Jadi jika tidak mahu kepala anda botak sebelum waktunya, berhentilah merokok.

Sumber: mStar