WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LAGU YUNA JADI PILIHAN WARGA FILIPINA

Penyanyi Yuna, 35, menerima jumlah penstriman luar biasa daripada pendengar di Filipina menerusi platform Spotify


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 35, menerima jumlah penstriman luar biasa daripada pendengar di Filipina menerusi platform Spotify untuk lagu baharunya berjudul Dance Like Nobody's Watching (DLNW).

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai berkata pencapaian terbabit cukup manis buatnya kerana dia sendiri tidak sangka memiliki ramai pengikut dari negara jiran itu.

"Baru dapat tahu single baharu saya Dance Like Nobody's Watching mendapat penstriman tertinggi di Filipina. Mabuhay! Ini adalah sangat-sangat menarik," katanya.

Pada Januari lalu, lagu DLNW berkenaan menerima lebih sejuta penstriman di Spotify selepas dilancarkan pada Disember tahun lalu. Lebih 200,000 penstrimannya datang dari Filipina.

Terdahulu, Yuna berkongsi lagu berkenaan berkisar menghiburkan hati sendiri apabila mengalami kesedihan disebabkan patah hati.

"Ia berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri selepas melalui sebuah kesedihan. Tak pernah terfikir bahawa kita boleh pasang lagu kesukaan, kemudian menari untuk buang perasaan itu.

"Akhirnya, saya temui rasa cinta terhadap tarian dan ia sangat membuatkan saya rasa bebas," katanya.

Yuna berjaya meraih lebih 49.9 juta penstriman menerusi lagu-lagunya di Spotify. Setakat ini, Filipina masih menjadi negara teratas yang kerap strim lagu DLNW berkenaan.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my