WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SALAH FAHAM PUNCA KECOH - AIMAN TINO

Status dimuat naik ibu Aiman mendakwa anaknya sudah berubah hangat diperkatakan netizen, malam tadi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Status dimuat naik ibu Aiman Tino yang mendakwa anaknya sudah berubah hingga melupakan keluarga, meletakkan penyanyi dan pelakon itu sekali lagi dalam kontroversi.

Perkongsian Hazelina Mat Jalil melalui Instagram (IG) Story yang mendakwa terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi, pantas viral hingga menjadi topik hangat netizen, malam tadi.

Lebih mengejutkan, Hazelina mendakwa anaknya itu mengabaikan karier dan dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah, sejak akhir-akhir ini.

Menghubungi Aiman atau nama sebenar, Mohammad Aiman Yusri, penyanyi ini menjelaskan apa yang berlaku berpunca daripada salah faham.

"Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

"Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

"Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan... Sampai mereka boleh fikir macam-macam," katanya yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.

Memberitahu BH Online, Aiman sedar sikap sambil lewanya itu menyusahkan ramai pihak termasuk keluarga.

"Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

"Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain," katanya.

Menjawab dakwaan konon dikongkong gadis dikenali sebagai 'Farah', Aiman mengaku mereka berkenalan atas urusan kerja.

"Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri," katanya.

Sementara itu, Aiman menjelaskan, dia tidak dapat menghadiri sidang media maya pengumuman konsert virtual, ITSU 360 Care U, pada jam 2 petang ini, atas beberapa sebab.

Konsert ITSU 360 Care U bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, di sini, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert itu membariskan artis terkenal seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
Foto Ihsan Aiman Tino