WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

“DITAWAR DRAMA HOLLYWOOD BUKAN SEBAB SEKSI, TAPI WAJAH EKSOTIK”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadia Brian yang menolak tawaran berlakon drama Hollywood


Back To Whats Hot

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadia Brian yang menolak tawaran berlakon drama Hollywood yang memerlukannya melakonkan babak berbogel dan beraksi panas.

Meskipun menyimpan impian untuk berlakon di luar negara lebih-lebih lagi di Hollywood, Nadia berkata dia tidak akan menggadaikan maruahnya dan sebagai seorang Islam dia masih tahu menjaga batas.

“Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.

“Saya diberitahu ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia.

“Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia menyangkal pendapat mengatakan dia diberi tawaran tersebut kerana imejnya yang seksi tetapi kerana memiliki wajah eksotik serta sudah pasti bakat yang dilihat.

“Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

“Bagi saya, tuduhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan seksi terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah seksi keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
Oleh Farizan Zainal