WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SYARIKAT RAKAMAN GUGURKAN MARILYN MANSON SERTA-MERTA

Penyanyi rock, Marilyn Manson, 52, digugurkan serta-merta dari syarikat rakaman Loma Vista Recordings selepas didakwa mendera bekas tunangnya


Back To Whats Hot

Los Angeles: Penyanyi rock, Marilyn Manson, 52, digugurkan serta-merta dari syarikat rakaman Loma Vista Recordings selepas didakwa mendera bekas tunangnya yang juga pelakon, Evan Rachel Wood, 33.

Keputusan itu dimaklumkan sendiri pihak syarikat terbabit yang menghentikan terus sebarang kerjasama membabitkan Manson atau nama sebenarnya Brian Warner dalam kerjaya muziknya.

"Susulan dakwaan daripada Evan Rachel Wood serta beberapa lagi wanita lain yang mendedahkan pernah didera Marilyn Manson, Loma Vista akan hentikan segala promosi terhadap album baharunya berkuatkuasa serta-merta.

"Disebabkan kerisauan terhadap perkembangan kes itu, kami juga memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Marilyn Manson dalam sebarang projek akan datang," demikian kenyataan dikeluarkan syarikat terbabit.

Terdahulu, Evan Rachel mengejutkan ramai apabila memuat naik status di laman sosial mendedahkan dirinya hidup dalam ketakutan sepanjang menjalin hubungan dengan penyanyi rock berkenaan.

"Nama individu yang mendera saya adalah Brian Warner, juga dikenali sebagai Marilyn Manson. Dia mula membentuk saya, sejak masih remaja lagi dan mendera saya dengan teruk selama beberapa tahun.

"Cukuplah saya hidup dalam ketakutan. Saya di sini ingin membongkar mengenai lelaki berbahaya ini dan menyeru industri yang menyokongnya membuka mata sebelum dia merosakkan lebih ramai orang lain," katanya.

Selain Evan Rachel, sekurang-kurangnya empat lagi wanita lain turut membuat pendedahan pernah menjadi mangsa dera Manson. Tuduhan itu merangkumi penderaan seksual, psikologi, keganasan, dan pelbagai corak gangguan lain.

Sumber: Harian Metro