WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

'HUBUNGAN ADIK-BERADIK SAYA DAN PU RIZ BERANSUR PULIH' - NEELOFA

Pengacara popular Neelofa mengakui hubungan adik-beradiknya dengan kekasih yang juga pendakwah bebas, PU Riz sudah beransur pulih


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Pengacara popular Neelofa mengakui hubungan adik-beradiknya dengan kekasih yang juga pendakwah bebas, PU Riz sudah beransur pulih.

Neelofa berkata, selepas melalui beberapa perbincangan akhirnya hubungan kedua-dua belah pihak sudah bertambah baik.

"Alhamdulillah, hubungan adik-beradik saya dengan PU Riz semakin beransur pulih selepas melalui proses perbincangan dan menerangkan situasi yang berlaku.  Dalam hal ini, kami berdua yang perlu bijak memainkan peranan.

"Ketika keadaan tegang, saya beri peluang kepada semua orang untuk bertenang terlebih dahulu.

"Kami selalu berkomunikasi mengenai jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak. Apabila semua orang sudah bertenang, barulah kami memainkan peranan.

"Saya amat bersyukur kerana langkah yang diambil menjernihkan kembali keadaan dengan cepat. Sekiranya kami lemah, tentulah keadaan tambah buruk," katanya.

Terdahulu, hala tuju hubungan Neelofa dan PU RIz menjadi perbualan hangat warganet di media sosial apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa dilihat seakan-akan menyindir individu tertentu.

Malah foto merisik pasangan itu juga dipadam di Instagram yang menguatkan lagi dakwaan masalah wujud dalam hubungan berkenaan sehingga dikatakan hubungan Neelofa dan PU Riz sudah berakhir.

Ditanya mengenai perkahwinan impian sebaik mengumumkan bakal berkongsi butiran lanjut dalam waktu terdekat, Neelofa berkata, tiada istilah perkahwinan impian memandangkan situasi negara ketika ini.

"Sesiapa saja yang ada terfikir nak buat perkahwinan impian tahun lalu mahupun tahun ini, hasrat terbabit terpaksa dilupakan kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara.

"Malah ketika saya berbincang dengan perancang perkahwinan pun, pihaknya memaklumkan banyak perkara yang perlu dikorbankan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Dalam situasi sekarang tiada istilah perkahwinan impian. Cuma majlis yang akan diadakan nanti hanyalah apa yang dibenarkan saja," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan hubungan Neelofa dan PU Riz sudah kembali baik selepas  wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.

Sumber: Harian Metro
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my