WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KIERA KNIGHTLEY TAK MAHU BERBOGEL LAGI

Pelakon terkenal, Keira Knightley menegaskan dia tidak akan melakukan adegan bogel atau seks lagi dalam sesebuah filem


Back To Whats Hot

London: Pelakon terkenal, Keira Knightley menegaskan dia tidak akan melakukan adegan bogel atau seks lagi dalam sesebuah filem.

Selepas melalui pengalaman itu dalam filem The Aftermath pada 2019, dia kini berpendirian teguh untuk tidak melakonkan aksi sedemikian.

Knightley berkata, antara faktor utama dia nekad dengan keputusan itu kerana tidak mahu melakukan di hadapan pengarah lelaki.

"Saya tidak lagi akan melakukan adegan seks yang mengghairahkan. Saya sudah tidak berminat. Saya sangat tidak selesa melakukan adegan itu sekarang apatah lagi untuk tatapan lelaki," katanya.

Bagaimanapun, bintang filem The Pirates of the Carribean itu berkata, dia boleh mempertimbangkan adegan seks atau bogel sekiranya naskhah itu diarahkan wanita dengan kisah berkaitan seorang ibu.

Menurut Knightley, antara alasan lain dia berpegang kepada prinsip itu kerana sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

"Saya sudah memiliki dua anak sekarang dan saya kurang suka berdiri di hadapan sekumpulan lelaki dalam keadaan bogel," katanya.

Sumber: Harian Metro