WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KIM KARDASHIAN, KANYE WEST MASIH BERBAIK SELALU BERHUBUNG DEMI ANAK-ANAK TAPI TETAP MAHU CERAI

Pasangan itu jarang bertemu akhir-akhir ini tetapi masih berkomunikasi secara teratur


Back To Whats Hot

Meskipun ikatan perkahwinan yang dibina selama enam tahun bakal berakhir, pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West akan terus menjalinkan hubungan baik demi anak-anak.

Menurut laporan ET, sumber mendedahkan pasangan ini sudah tinggal berjauhan namun masih berkomunikasi antara satu sama lain.

"Kim Kardashian dan Kanye West tetap akan bercerai.

"Pasangan itu jarang bertemu akhir-akhir ini tetapi masih berkomunikasi secara teratur. Kim tinggal di Calabasas dan Kanye West menghabiskan waktunya di Wyoming," katanya.

Dalam pada itu, sumber berkata anak-anak mereka masih belum mengetahui mengenai perpisahan itu.

Ini kerana mereka sudah terbiasa melihat kedua ibu bapa mereka sibuk dan jarang berjumpa kerana tuntutan kerja.

"Kim dan Kanye selalu sibuk dan keluar masuk rumah... jadi apabila bapa tiada di rumah bukanlah sesuatu hal yang pelik atau mengejutkan.

"Kim telah melupakan Kanye dalam erti asmara untuk sementara waktu tapi dia mencintai Kanye sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya dan tak ingin penceraian ini sesuatu yang memalukan," katanya.

Pasangan ini memiliki empat orang anak, North West, 7, Saint West, 5, Chicago, 3 dan Mazmur, setahun.

Sumber: mStar