WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

VIDEO MUZIK LAGU DAUS DIPADAM!

Penyanyi, Daus Eli membuat permohonan maaf kepada bekas isteri, Syaza Shamimi


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Penyanyi, Daus Eli membuat permohonan maaf kepada bekas isteri, Syaza Shamimi, selepas video muzik lagu baharu berjudul Takdir Kita memberi persepsi buruk terhadapnya.

Disebabkan itu juga, video muzik lagu ciptaan Daus itu kini dipadam daripada saluran YouTube Nova Music untuk mengelakkan sebarang salah faham.

"Saya, Muhammad Shahril Firdaus  Eli ataupun Daus Eli atau pernah dikenali dengan nama Daus AF8 ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isteri dan semua pihak yang terbabit.

"Video itu, kini tiada lagi di dalam laman YouTube ataupun laman sesawang media yang lain. Ini kerana video itu diturunkan (dipadam) oleh pihak Nova Music kerana menyebabkan persepsi buruk terhadap bekas isteri," katanya.

Sebelum ini, Daus pernah berkongsi bahawa jalan cerita lagu itu diinspirasikan daripada kehidupan rumah tangganya.

"Jika anda imbas kembali, saya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa muzik video itu berkait rapat dengan kehidupan perkahwinan saya sebanyak 40 peratus.

"Saya menarik balik segala kenyataan yang  dibuat di hadapan media," katanya.

Tegasnya, kenyataan yang pernah dikeluarkan itu adalah sebagai strategi pemasaran untuk mempromosikan single terbaharunya berkenaan.

"Ingin saya tegaskan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beserta jalan cerita MV dalam lagu Takdir Kita adalah kaedah promosi dan strategi pemasaran yang direka untuk menarik perhatian peminat.

"Lagu Takdir Kita adalah karya dicipta khas untuk peminat-peminat saya yang menantikan kemunculan saya selepas lama menyepi," katanya.

Menutup kenyataannya, Daus berkata, dia tidak akan mengaitkan nama Syaza lagi selepas ini.

"Saya juga mengaku tidak akan mengaitkan nama bekas isteri di mana-mana tempat serta di media massa," katanya.

Video muzik Takdir Cinta dilancarkan di saluran YouTube rasmi Nova Music pada 22 Oktober tahun lalu.

Daus dan Syaza Shamimi bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Bintulu pada 1 Februari 2019, dua minggu selepas Syaza selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Delysha Senzela, 6, Myesha Sehrish, 4, dan Ayesha Sheraz, 2.

Sumber: Harian Metro
oleh Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my