• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

12 TAHUN MENDUDA, ARIEL NOAH MAHU BETUL-BETUL BERSEDIA JIKA MAHU BERKAHWIN SEKALI LAGI

Selepas 12 tahun bercerai dengan Sarah Amalina, penyanyi terkenal Indonesia Ariel NOAH dilihat lebih selesa memegang status sebagai duda


Back To Whats Hot

Selepas 12 tahun bercerai dengan Sarah Amalina, penyanyi terkenal Indonesia Ariel NOAH dilihat lebih selesa memegang status sebagai duda.

Memetik laporan Liputan6, sepanjang tempoh itu Ariel hanya pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti pelakon Luna Maya dan Sophia Latjuba.

Menurut Ariel ketika ditemu bual dengan Anya Geraldine menerusi saluran YouTube, dia perlu mempersiapkan dirinya sekiranya mahu berkahwin sekali lagi namun sehingga kini masih belum terfikir ke arah itu.

"Kalau nak berkahwin lagi tu antara bersedia atau tidak, tapi sebenarnya kena betul-betul bersedia. Cuma kalau sudah bersedia bernikah itu tanda tanya atau kenyataan?

"Kalau kenyataan, saya tidak pernah berkata demikian. Mungkin saya belum bersedia untuk berkahwin lagi," kata Ariel.

Sumber: mStar