WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

POPULAR SEKELIP MATA! KATE WINSLET DEDAH DIBULI PAPARAZI SELEPAS KEJAYAAN FILEM ‘TITANIC’

Gandingan Kate dan Leonardo dalam filem Titanic menerima sambutan hebat penonton seluruh dunia


Back To Whats Hot

Pelakon Kate Winslet berkata kehidupan peribadinya mula menjadi perhatian ramai dan berubah sepenuhnya selepas kejayaan filem Titanic pada tahun 1997.

Menurut laporan HotDetik, Kate turut mendedahkan dia menjadi mangsa buli dan pernah dikritik hebat kerana watak Rose DeWitt Bukater yang dilakonkan olehnya itu.

"Kehidupan saya menjadi sasaran ramai pihak termasuklah hal peribadi.

"Sejak itu, saya mula berubah menjadi seorang yang lebih berjaga-jaga. Saya juga pelik kerana paparazi sentiasa mengikuti saya di pelbagai tempat. Dari pagi sampai malam, hari ke hari.

“Saya pernah diugut sehingga saya pernah terfikir ini sangat mengerikan dan berharap ia segera berlalu pergi.

“Namun ia sudah terlambat, tetapi saya mula sedar kalau kita terkenal pasti ada keburukannya, ” katanya semasa temubual di Podcast Marc Maron.

Dalam filem Titanic, Kate bergandingan bersama aktor Leonardo DiCaprio.

Filem arahan James Cameron mencatat keuntungan kira-kira AS$2.4 bilion (RM9.7 bilion) antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman dunia.

Ia menerima 14 pencalonan di Anugerah Akademi 1998, dan menang 11 daripadanya.

Sumber: mStar