WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

BAKAL SUAMI SHARIFAH SAKINAH POSITIF COVID-19

Kekasih yang juga bakal suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen disahkan positif Covid-19


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Kekasih yang juga bakal suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen disahkan positif Covid-19.

Berita itu dimaklumkan Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

"Banyak rasa cinta buat lelaki ini. Semoga anda segera pulih selepas disahkan positif Covid. Terus kuat dengan makanan sihat anda," tulisnya yang turut berkongsi paparan skrin panggilan video dengan lelaki berkenaan.

Difahamkan, Michael kini berada di Sweden selepas pulang menyambut Krismas, baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi Instagram Story, Sakinah turut berkongsikan rakaman video teman lelakinya sedang memasak walaupun dijangkiti virus berkenaan.

Terdahulu, pada 18 Disember lalu, Sakinah mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan Michael 25 Mei ini.

Sakinah bagaimanapun berkata, setakat ini dia tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Kuala Lumpur atau Sweden.

Sumber: Harian Metro
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my