WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TAHNIAH! SITI NURHALIZA TERPILIH UNTUK DIABADIKAN DI WALK OF FAME, ADELAIDE

Siti merupakan penggiat seni Malaysia yang pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana


Back To Whats Hot

Jika beberapa minggu lalu, beliau mencuri tumpuan peminat selepas tersenarai antara 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh, kali ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengejutkan peminatnya selepas diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.

Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.

Menerusi kapsyen muat naik foto berkenaan, Siti turut menyatakan rasa syukur ke atas penghargaan tersebut, terutamanya kepada para peminatnya yang sering menyokongnya tanpa jemu.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.

“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” ujar penyanyi kesayangan ramai itu.

Untuk makluman, Siti dipilih selepas memecahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.

Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzikterkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.

Siti merupakan penggiat seni Malaysia yang pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana.

Setiap tahun sebanyak tiga bintang antarabangsa akan dipahat di Walk Of Fame berkenaan di mana pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas seni Adelaide Festival Centre sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1973.

Siti juga pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019.

Sumber: AWANI
oleh Afiq Ariffin