WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MILEY CYRUS MAHU BEBAS ALKOHOL

Penyanyi, Miley Cyrus mengakui kehidupannya ada naik dan turun sepanjang tempoh pandemik Covid-19


Back To Whats Hot

Los Angeles: Penyanyi, Miley Cyrus mengakui kehidupannya ada naik dan turun sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan kini kembali berhenti dari mengambil alkohol sejak dua minggu lalu.

Cyrus menjawab pertanyaan itu ketika hadir di salah satu episod dalam program Apple Music's New Music Daily.

"Sama seperti orang lain, kehidupan saya ketika krisis pandemik ini ada naik dan turunnya. Saya pernah 'bersih', kemudian kembali lagi mengambil alkohol, jatuh semula dan sekarang saya tidak lagi mengambil alkohol sejak dua minggu lalu," katanya.

Tidak mahu terlalu banyak memikirkan mengenai jangka masa bebas alkohol, Miley lebih memberi tumpuan kepada proses untuk memperbaiki dirinya.

"Satu perkara yang saya pegang adalah, jangan cepat marah, tapi wujudkan rasa ingin tahu. Dalam kata lain, jangan salahkan diri sendiri, tapi tanya diri sendiri apa yang berlaku," katanya.

Jun lalu, Cyrus berjaya berada dalam keadaan bebas alkohol selama enam bulan dan kisah kejayaan itu mendapat liputan pelbagai media antarabangsa.

Sumber: Harian Metro