WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KONGSI FOTO SELEPAS BERSALIN, NETIZEN KAGUM KECANTIKAN EMMA MAEMBONG

Dalam diam pelakon Emma Maembong telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram


Back To Whats Hot

Dalam diam pelakon Emma Maembong telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal.

Namun perkara itu baru sahaja dimaklumkan kepada umum beberapa hari lalu. Menerusi Instagram, Emma turut berkongsikan video memaparkan suaminya tidak dapat menahan sebak di atas kelahiran anak mereka.

Menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu, Emma berkata ianya pengalaman sangat berharga dan tidak dapat dilupakan olehnya.

Dalam pada itu, Emma turut memuat naik fotonya selepas bersalin sambil memangku anaknya. Rata-rata netizen memuji kecantikan Emma meskipun tanpa sebarang mekap serta tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan tahniah.

Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal