WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ANZALNA NASIR MAHU BANTU KELUARGA ALLAHYARHAM NUR SURYA

Terkesan dengan berita pembunuhan tragis melibatkan seorang remaja baru-baru ini, Anzalna Nasir meluahkan hasratnya


Back To Whats Hot

Terkesan dengan berita pembunuhan tragis melibatkan seorang remaja baru-baru ini, Anzalna Nasir meluahkan hasratnya untuk membantu keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu memandangkan masih dalam siasatan polis, Anzalna berkata niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dan membantu ahli keluarga mangsa.

Menerusi Insta Story, Anzalna ada memuat naik pertanyaan bagaimana untuk menghubungi keluarga arwah. Dalam pada itu, Anzalna Berterima kasih kepada pengikutnya yang turut sama membantu untuk mengesan keluarga arwah.

“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombot yang betul-betul sahih untuk dihubungi.

“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya terpanggil untuk menghulurkan bantuan, Anzalna berkata niatnya hanyalah untuk meringankan beban keluarga mangsa terutama ibu arwah yang menghidap kanser.

“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.

“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal