WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

NETIZEN TEGUR AERIL ZAFREL JANGAN TAYANG KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam di Malaysia yang menggunakan populariti artis


Back To Whats Hot

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam di Malaysia yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Susulan kes tersebut, netizen menasihati pelakon Aeril Zafrel agar tidak terlalu menayang kemewahan di media sosial bimbang menjadi akan dipanggil oleh pihak berkuasa. Ia berikutan tindakannya memuat naik foto memperlihatkan kereta mewah miliknya.

Meskipun foto tersebut adalah sebagai tanda menghargai isterinya, Wawa Zainal yang sentiasa bersama dengannya ketika susah senang sehingga kini bergelar usahawan berjaya, namun lain yang dilihat oleh netizen.

Diruangan komen, netizen menegur Aeril supaya tidak menunjuk kekayaannya bimbang boleh mengundang fitnah. Bagaimanapun, netizen percaya bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka.

Dalam pada itu, ramai yang menjadikan pasangan itu inspirasi untuk mencapai kejayaan serta mendoakan Wawa dan Aeril kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal