WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PENYANYI RADJA LELONG KACA MATA UNTUK BELI MAKANAN

Arahan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta memberi impak besar kepada sebilangan selebriti apabila tidak mempunyai wang


Back To Whats Hot

Arahan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta memberi impak besar kepada sebilangan selebriti apabila tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupan.

Antaranya penyanyi kumpulan Radja, Ian Kasela yang mendedahkan dia sanggup melelong koleksi kaca mata ikonik yang sering dipakainya untuk membeli makanan dan menampung keperluan lain.

"Ada beberapa kaca mata saya yang boleh dikira mengandungi nilai sejarah. Saya bercadang nak melelongnya jika PSBB masih berpanjangan hingga akhir tahun atau masih belum dapat melakukan sebarang konsert," katanya.

Menurut Ian, dia terpaksa berbuat demikian kerana kumpulan Radja tidak memiliki kewangan untuk menampung kehidupan mereka akibat sudah lama tidak mempunyai pekerjaan sejak pandemik Covid-19 melanda.

"Kami tidak mempunyai tabungan dan memang sudah lama tidak menjayakan persembahan. Disebabkan tidak ada pekerjaan untuk menampung kehidupan, kami fikir lebih baik menjual barangan koleksi kami.

"Ini kami lakukan untuk menyambung hidup, bukan digunakan untuk berfoya-foya," katanya.

Sementara itu, Ian mendedahkan dia pernah melelong cermin mata hitamnya dengan harga 200 juta rupiah (RM56,000) bertujuan mengumpul dana untuk satu badan kebajikan.

"Sebelum ini saya pernah melelong kaca mata hitam dengan harga 200 juta rupiah. Ia bertujuan untuk keperluan amal dan berlangsung secara spontan. Saya sumbang satu cermin mata dan tak sangka terjual dengan harga tinggi. Cermin mata itu berjenama dan kebetulan yang datang orang-orang besar yang berkemampuan membida," katanya.

Radja adalah salah satu kumpulan dari Indonesia yang cukup popular di Malaysia sekitar tahun 2001. Antara lagu yang popular adalah Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta.

Sumber: Harian Metro