WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

SOPHIA SETIA BERSAMA DE FAM

Sophia Liana mempertaruhkan single solo kedua berjudul Dulu ciptaannya sepenuhnya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Tidak hanya setia bersama trio De Fam, Sophia Liana bijak meneroka keupayaan diri seperti Cik Manggis dan Azira Shafinaz.

Terbaharu, juara program Dansa Dan Sing itu mempertaruhkan single solo kedua berjudul Dulu. Single ciptaan sepenuhnya Sophia bersama adiknya, Fadzril Asyraf itu dilancarkan di platform digital sejak 9 Oktober lalu.

Menyambut ulang tahun ke-30 tahun pada 6 Oktober lalu, Sophoa berkata, single Dulu sebagai hadiah bermakna buatnya tahun ini.

"Saya gembira single kedua solo, Dulu dapat diteruskan selepas tampil dengan lagu Ngam pada Mac lalu.

"Ia bagaikan hadiah indah dalam hidup. Single Dulu menyimpul sedikit rangkuman pengalaman hidup sejak dahulu hingga hari ini.

"Single Dulu dipersembahkan secara nyanyian secara rap ini cuba membawa pendengar memahami pengalaman masa dahulu dan menerima apa yang terjadi dengan hati terbuka," katanya kepada BH Online.

Katanya, single Dulu membawa mesej mengenai betapa penting mencintai diri sendiri dengan melepaskan masa lalu untuk terus bergerak ke hadapan.

"Saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Bukan sahaja penyampaian berbeza, malah ia juga lebih bersifat peribadi dalam berkongsi perasaan saya.

"Single Dulu diinspirasi menerusi situasi pahit yang pernah dilalui suatu masa dahulu. Apa yang saya cuba sampaikan kita seharusnya berhenti menoleh ke belakang untuk meneruskan hidup.

"Saya berharap single ini mendapat sambutan positif pendengar dan mesej yang disampaikan boleh membantu seseorang melupakan perjalanan hidup yang sudah berlalu. Apa yang penting, hidup masa depan perlu dirancang dengan lebih cemerlang," kata Sophia lagi.

Dalam pada itu, Sophia mewakili De Fam terharu perjuangan mereka masih diingati selepas bolos top 20 kategori Artis Duo Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33).

"ABPBH sendiri menjadi antara platform buat kami dikenali dan mengukuhkan jenama De Fam. Jika ada rezeki menembusi top 5 pun sudah memadai dan sekiranya menang, ia adalah bonus.

"Di sebalik pandemik COVID-19, penganjur Berita Harian masih meletakkan usaha untuk memastikan penganjuran ABPBH 33 tetap berlangsung dengan norma baharu. Syabas dan semoga apa yang dirancang BH dan ABPBH 33 akan dipermudahkan," katanya.

Sophia bukanlah suatu nama asing dalam persada seni suara. Penyanyi rap wanita yang mesra disapa sebagai Sophia itu bertapak dalam industri muzik sejak 2015 bersama anggota kumpulan wanita terkenal, De Fam.

Bagaimanapun, Sophia bergerak sendiri sebagai penyanyi solo dan pernah berkolaborasi dengan beberapa artis tempatan sejak 2018. Tidak hanya berbakat dalam rap, menyanyi dan menari, Sophia berkemampuan mencipta lagu.

Sophia mula menulis bait lirik sejak single pertama De Fam berjudul Supergirls. Namun, Sophia hanya menggilap bakat dalam dunia penciptaan lagu sejak beberapa tahun ini.

Bersama adiknya, Fadzril, Sophia pernah menghasilkan beberapa lagu 'freestyle rap' seperti Assalamualaikum pada dan Mulut yang dikongsikan menerusi saluran YouTube.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my