WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

BLACKPINK MAKIN HAMPIR SAINGI JUSTIN BIEBER

BLACKPINK kini meraih satu lagi kejayaan apabila menjadi artis kedua dengan jumlah subscriber terbanyak di YouTube yang melebihi 50 juta


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Selepas mencipta kejayaan menerusi lagu Lovesick Girls yang berjaya mencatat jumlah tontonan lebih 10 juta dalam kurang sejam, BLACKPINK kini meraih satu lagi kejayaan apabila menjadi artis kedua dengan jumlah subscriber terbanyak di YouTube yang  melebihi 50 juta.

Angka itu menempatkan mereka di belakang penyanyi, Justin Bieber yang setakat ini kekal mengumpul subscriber terbanyak di laman penstriman video itu dengan angka 57.4 juta subscriber.

Bagaimanapun, kejayaan BLACKPINK itu masih lagi mampu dibanggakan kerana mereka hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpul lima juta pertama subscriber sementara Bieber pula mengambil masa 10 tahun untuk jumlah sama.

Peningkatan mendadak jumlah subscriber di saluran YouTube kumpulan K-pop popular dari Korea Selatan itu adalah impak daripada kejayaan album 'kemunculan semula' mereka berjudul The Album.

Hampir semua lagu daripada album BLACKPINK berjaya menduduki carta 10 teratas di Spotify dan iTunes di 57 negara termasuklah Amerika Syarikat.

Selepas pelancaransecara digital pada 2 Oktober lalu, album fizikal The Album akan dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan setakat ini, jumlah pra-pesanan (pre-order) sudah menjangkau lebih sejuta unit.

Sumber: Harian Metro