WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AKUI BANYAK LAKUKAN KESILAPAN, ALIFF AZIZ MAHU MULAKAN HIDUP BARU

Berkongsikan video anaknya, Ayden Adrean yang sangat merindukannya dan mahu ke Singapura untuk bertemu dengannya


Back To Whats Hot

Berkongsikan video anaknya, Ayden Adrean yang sangat merindukannya dan mahu ke Singapura untuk bertemu dengannya, Aliff Aziz akui perkara itu membuatkan dirinya berasa sebak dan dia perlu memperbaiki banyak perkara dalam kehidupannya.

Tidak malu mengakui banyak kesilapan yang dilakukan, Aliff berkata sebagai manusia dia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun, dia mahu memperbetulkan segalanya agar ianya tidak memberi kesan pada isteri dan anaknya.

View this post on Instagram

Wifey just sent this video and it's heartbreaking to see how time apart from my children affects them even at this tender age. It puts things into perspective for me to get my life straight. The pandemic is what it is but this goes a lot deeper for me than that. As i know how much straightening i have to do to not let my mistakes and wrongdoings to result in affecting my children and loved ones. I'm not ashamed to be a man and admit i screwed up in life many times over. Yes, i have many flaws to reflect on. But so does every human being. Negativity aside, i have been blessed with so much that i have taken forgranted with. My recent stint has taught me first hand how heavy the consequences are to my family and loved ones as a result of my mindless actions. Daddy apologize for failing to be a great father just yet but know that Daddy is on his track now buddy. You and your baby sister brought new drive for me and i can't wait to see you, Ara and Mummy when all these is over soon. When you hit rock bottom, there's nowhere else but up. Insyaallahuta'ala.

A post shared by (@iamaliffaziz) on

“Isteri saya hantar video ini, sangat sedih memikirkan masa yang memisahkan kami dan memberi kesan kepada anak pada usia kecil mereka. Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kehidupan, banyak perkara saya perlu perbaiki agar kesalahan saya tidak memberi kesan kepada isteri dan anak.

“Saya tak malu mengakui banyak kesilapan yang telah dilakukan, tapi begitulah setiap kejadian manusia biasa,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memohon maaf kepada anak-anaknya kerana gagal menjadi seorang bapa yang baik dan tidak sabar untuk bertemu dengan kedua anaknya itu.

“Kesalahan saya mengajar, ia telah memberi kesan kepada keluarga dan insan-insan tersayang. Daddy minta maaf sebab gagal jadi bapa yang baik, tetapi Daddy dah berada di landasan yang sepatutnya sekarang.

“Ayden dan adik telah membawa Daddy ke landasan baharu, tak sabar mahu jumpa kamu, Ara dan Mummy bila semua ini berakhir,” tulisnya.

Terdahulu, Aliff telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu pada pertengahan September 2020 selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal