WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SELEPAS SELENA GOMEZ, PEMINAT TAK SABAR TUNGGU LAGU BLACKPINK DENGAN CARDI B

Berita gembira buat peminat kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink yang bakal melancarkan album penuh mereka berjudul BLACKPINK


Back To Whats Hot

Berita gembira buat peminat kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink yang bakal melancarkan album penuh mereka berjudul BLACKPINK pada 6 Oktober depan.

Menerusi akaun Instagram rasmi YG Entertaiment, pihak pengendali berkongsi salah satu lagu dalam album tersebut berjudul Lovesick Girls sehingga ia menjadi tular.

Selain lagu Ice Cream nyanyian bersama penyanyi Selena Gomez yang turut dimuatkan dalam album tersebut, Blackpink juga mempunyai single bersama penyanyi terkenal Cardi B berjudul Bet You Wanna.

Peminat mereka meluahkan rasa teruja apabila mengetahui dua orang ahli Blackpink iaitu Jisoo dan Jennie bekerjasama dalam pembikinan tajuk lagu mereka.

Album tersebut juga dikatakan mengandungi empat buah lagu iaitu Pretty Savage, Crazy Over You, Love To Hate Me and You Never Know yang dinanti-nantikan peminat.

Sumber: mStar