WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ANAK PELAKON DIDENDA RM10,000

Rose Azlin meninggalkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas dijatuhkan hukuman denda


Back To Whats Hot

PETALING JAYA: Seorang selebriti Instafamous didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Majistret M Barath menjatuhkan hukuman itu ke atas Rose Azlin Rosli, 46, yang juga anak kepada pelakon veteran, selepas beliau mengaku bersalah.

Rose Azlin, pemilik jenama KM Beauty House yang tidak diwakili peguam, membayar denda berkenaan.

Terdahulu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu dalam rayuannya meminta hukuman dikurangkan kerana kejadian berlaku ketika dia sedang mendapatkan kelulusan daripada KKM.

Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman daripada KKM bagaimanapun meminta Azlin dijatuhi hukuman setimpal, lapor Harian Metro Online.

Mengikut pertuduhan, Azlin didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada jam 11.20 pagi, 21 Januari lalu di sebuah premis di Subang Jaya.

Azlin dituduh melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1), peraturan yang sama.

Mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my