WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

DISNEY TANGGUH TAYANGAN FILEM BLACK WIDOW, THE ETERNALS

Black Widow dijadual ditayangkan pada 7 Mei 2021 selepas ditangguhkan buat kali kedua


Back To Whats Hot

Peminat adiwira Black Widow harap bersabar. Filem terbitan Disney dengan kerjasama Marvel itu sekali lagi ditangguhkan tarikh tayangan.

Filem superhero wanita yang dijadualkan tayangan pada 6 November tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih menular.

Ini merupakan kali kedua filem lakonan Scarlett Johansson itu ditangguhkan. Kali ini tarikhnya ditetapkan pada 7 Mei 2021.

Selain Black Widow, filem Marvel yang turut terima tempias sama ialah The Eternals dan juga filem adiwira Asia pertama iaitu Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings.

Menurut pelakon The Eternals, Kumail Nanjiani, Marvel telah buat keputusan bijak menangguhkan tayangan filem berkenaan.

"Marvel telah membuat satu keputusan yang bijak, kita masih dalam fasa pandemik, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kehidupan.

"Saya tak boleh minta peminat pergi menonton wayang sehingga saya sendiri rasa ia selamat," katanya di akuan media sosial.

Filem "The Eternals" lakonan Kit Harington, Ma Dong-Seok,Gemma Chan dan Angelina Jolie akan ditayangkan pada 5 November 2021.

Sumber: AWANI
oleh Asyraf Roslan