WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

02.00pm - 04.00pm

FATTAH AMIN SEDANG BELAJAR JADI BAPA

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, Fattah Amin berkata dia kini sedang giat mempelajari pelbagai ilmu dan rajin bertanya


Back To Whats Hot

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, Fattah Amin berkata dia kini sedang giat mempelajari pelbagai ilmu dan rajin bertanya dengan keluarga serta rakan sekeliling tentang selok belok kebapaan.

Akui persediaan dari segi fizikal dan mental harus diberi keutamaan, Fattah berkata peranan sebagai bapa menuntut masa serta kerja keras. Namun, dia lega kerana kerjaya sebagai pelakon yang tidak tentu masa akan lebih memudahkan.

“Apabila tanya kawan-kawan, rata-rata nasihat mereka selamat berjaga malam. Mahu tergelak sebenarnya tetapi itu adalah realiti. Nasib baiklah kerjaya sebagai pelakon memang kerja tak tentu masa, jadi senang.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga yang sangat membantu malah isteri, Fazura sendiri tidak pernah menyusahkan malah menolong lagi. Bersyukur apabila Allah hadirkan mereka yang baik dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah berkata meskipun selepas ini dia sudah bergelar bapa dan akan sibuk dengan keluarga, namun dia tetap akan menerima tawaran berlakon.

“Selepas kelahiran pun, saya akan fokus kepada keluarga tetapi dalam masa yang sama, tetap menerima tawaran dan sebenarnya, ada beberapa kerja tertunggak yang harus diselesaikan. Rezeki anak itu,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal