WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ROBERT PATTINSON DILAPOR POSITIF COVID-19, PENGGAMBARAN 'THE BATMAN' DITANGGUH

Penggambaran filem "The Batman" ditangguh apabila pelakon utama Robert Pattinson dilapor menghidap COVID-19


Back To Whats Hot

Pelakon Hollywood Robert Pattinson dilapor positif COVID-19.

Pattinson, 34, memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dan juga Batman dalam filem adi wira terbaharu "The Batman" kini menjalani kuarantin dua minggu sebelum penggambaran bersambung semula.

Warner Bros dalam satu kenyataan mengesahkan sesi penggambaran “ditangguh sementara” kerana “seorang anggota produksi filem disahkan positif COVID-19 dan kini diasingkan menurut protokol yang ditetapkan.”

Studio perfileman itu bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, namun Vanity Fair dan Hollywood Reporter yang memetik sumber berkata Pattinson ialah individu yang dijangkiti.

Sesi penggambaran "The Batman" yang bermula September tahun lalu tertangguh pada Mac tahun ini susulan pandemik.

Pattinson sebelum ini terkenal dengan watak Edward Cullen dalam filem "Twilight".

Sumber: AWANI