WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ORLANDO BLOOM TAK KISAH BERLAKON BOGEL

Bintang Hollywood Orlando Bloom tidak kisah melakonkan adegan bogel dalam filem Retaliation


Back To Whats Hot

Bintang Hollywood Orlando Bloom tidak kisah melakonkan adegan bogel dalam filem Retaliation.

Dalam filem itu, Bloom memegang watak sebagai mangsa kekerasan seksual sejak kecil bernama Malky yang berusaha mendedahkan sejarah hitam dalam hidupnya.

Bloom berkata, dia sama sekali tidak memikirkan aspek terbabit.

"Saya tidak begitu memikirkan hal itu. Saya hanya berasa ia perlu dilakukan supaya pekerjaan ini selesai. Saya percaya kepada pengarah filem ini. Saya juga mengenali penulis skripnya dengan baik. Pendekatan mereka terhadap kisah ini benar-benar baik," katanya.

Menerusi filem Retaliation, Bloom melakonkan adegan ranjang dan padanya, adegan itu akan membongkar permasalahan serta kekosongan dalam hidup Malky yang terpendam selama ini.

"Selepas kejadian seks itu, anda boleh melihat betapa hancur kehidupannya terutama dengan perempuan. Ketakutannya terhadap keintiman, rasa malu di sekitarnya dan pendekatan terhadap seks, semua akan diluahkan dalam filem ini. Ia sangat jelas apa yang harus saya lakukan," katanya.

Dalam mendalami watak itu, Bloom banyak membuat kajian serta mengambil pendekatan berkomunikasi dengan organisasi-organisasi yang selama ini menangani permasalahan keganasan seksual terhadap lelaki.

"Anda akan faham bagaimana dan kenapa orang-orang menjalani hidup dengan cara mereka sendiri," katanya.

Menurut Bloom, Retaliation adalah filem yang menunjukkan sisi barunya di layar perak.

Filem ini diarahkan Ludwig dan Paul Shammasian. Ia ditulis Geoff Thompson dan turut dibintangi Janet Montgomery, Charlie Creed-Miles serta Anne Reid.

Sumber: Harian Metro