WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

04.00pm - 05.00pm

BUKAN LAMARAN CINTA

Hafiz Hamidun sekadar mencuba nasib, tak sangka Dayang Nurfaizah bersetuju lamaran untuk projek single komersil


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Sekian lama menjadi teman seperjuangan, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun baru ada keberanian melamar Dayang Nurfaizah.

Tak salah jika benar penyanyi lagu Zikir Terapi itu mahu mendekati bintang R&B popular itu. Bagaimanapun, usah cepat membuat kesimpulan, ia bukannya lamaran cinta, sebaliknya atas urusan kerja.

"Saya melamar Dayang untuk menyanyikan lagu komersil untuk pelanggan pada Jun lalu. Saya sekadar nak cuba nasib dengan harapan lamaran diterima.

"Tak sangka Dayang bersetuju untuk menyanyikan lagu komersil berkenaan," katanya kepada BH Online.

Dayang Nurfaizah menjadi pilihan Hafiz Hamidun untuk mendendangkan single untuk projek komersil. - Foto IG Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah menjadi pilihan Hafiz Hamidun untuk mendendangkan single untuk projek komersil. - Foto IG Dayang Nurfaizah

Pemilik syarikat Arteffects Sdn Bhd itu berkata, kerjasama antaranya dan Dayang berpanjangan daripada satu projek ke projek lain.

"Selesai rakaman lagu komersil, saya mencadangkan kepada pelanggan menyunting Dayang sebagai duta produk untuk single yang dinyanyikan.

"Siapa sangka pelanggan setuju dengan idea saya. Lalu, saya diminta melamar Dayang sekali lagi.

"Hampir dua minggu perbincangan dilakukan, akhirnya saya berjaya meyakinkan Dayang," katanya.

Bagi Hafiz, idea menjadikan Dayang sebagai duta produk dilihat sebagai sesuatu variasi untuk kerjaya seni penyanyi lagu Lelaki Teragung itu.

"Mengenali Dayang sebagai rakan seni sebegitu lama, saya mahu memberikan nuansa berbeza untuk mengangkat imejnya sebagai ikon muzik dan fesyen," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my