WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'IMEJ BAIK TAK DIHIRAU, BILA PELIK BARU KECOH' – SHIHA ZIKIR

Shiha Zikir, 33, mengakui tidak kisah mengenai komen warganet yang menuduh konsep lagu baharunya bersifat illuminati


Back To Whats Hot

Penyanyi Shiha Zikir, 33, mengakui tidak kisah mengenai komen warganet yang menuduh konsep lagu baharunya bersifat illuminati, meniru Lathi Challenge atau dakwaan buruk seumpama yang bakal dilancarkan Rabu ini.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, dia lebih memilih membiarkan mereka tertanya-tanya mengenai lagu berjudul AEWO bersama Noki ciptaan sepenuhnya Ezra Kong itu.

"Biasalah warganet, ada segelintir yang terlalu cepat jatuh hukum dan melihat dari persepktif negatif. Saya terima setiap komen dengan hati terbuka asalkan tahu niat sebenar saya yang cuma mahu membawa pembaharuan.

"Nampak gaya, apabila saya memilih konsep sebegini yang lebih berani berbanding sebelum ini, barulah ramai nak bercakap. Kalau tampil yang baik-baik, tidak dihirau. Bila nampak pelik sedikit, baru nak bising.

"Saya tak salahkan mereka 100 peratus bahkan komen negatif pun saya terima. Apa yang pasti, saya langsung tidak mengikut budaya sesat dari luar termasuk elemen illuminati sebaliknya akan jelaskan sendiri konsep lagu ini selepas dilancarkan kelak," katanya.

Menyentuh mengenai konsep itu disamakan dengan Lathi Challenge, menurut Shiha jika mengikut perancangan lagu itu patut dilancarkan awal tahun ini sebelum cabaran tular terbabit menjadi bualan.

"Konsep, proses rakaman dan serba-serbi berkenaan lagu saya itu sebenarnya sudah siap selepas saya tamat menyertai program Dansa Dan Sing pada Mac lalu. Perancangan asal memang nak lancar secepatnya namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyusul pula.

"Bukan rezeki sayalah nak tunaikan hajat berkenaan ketika itu. Maka, bila Lathi Challenge keluar dulu, saya reda sajalah bila dikatakan meniru konsep itu walhal tiada persamaan langsung," katanya.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my