WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

AIDILADHA PUN NAK MEROMPAK

Pelakon, Acha Septriasa berkongsi cerita duka mengenai rumah adiknya, Juwita yang dirompak pada Hari Raya Aidiladha yang lalu


Back To Whats Hot

Pelakon, Acha Septriasa berkongsi cerita duka mengenai rumah adiknya, Juwita yang dirompak pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Menerusi status dimuat naik di Instagram dengan foto tulisan Kejahatan di Tengah Pandemi Korona itu, Acha menyifatkan tahap keselamatan di dalam tempoh krisis pandemik semakin merisaukan.

Menurut bintang filem Heart dan Love is Cinta itu, adiknya bergegas pulang ke rumah selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV) secara dalam talian yang dipasang di rumahnya, terpadam secara tiba-tiba.

"Bolehkah saya berbicara? Saya hanya ingin kongsikan sesuatu yang pada saya, penting untuk dikongsikan kerana menentukan keselamatan kita sebagai warganegara dan masyarakat di tengah pandemik yang semuanya semakin kelihatan merisaukan ini.

"Kelmarin, tepatnya pada 31 Julai, hari Jumaat lalu, adik saya, Juwita menunaikan solat Aidiladha dan pulang pada jam 11 pagi kerana melihat kejanggalan di CCTV online yang terpadam secara tiba-tiba. Mereka (Juwita dan suaminya) pulang ke rumah, menghidupkan semula CCTV dan bergegas ke rumah mentuanya.

"Pada waktu siang itu, ketika Juwita masuk ke bilik, barang-barang masih ada di temptnya. Kemudian, Juwita keluar dari rumah dan mengunci pintu utama dengan mangga dan menghidupkan semula CCTV.

"Seharian mereka berkunjung ke rumah sanak saudara dan keluarga, pulang jam 7 malam, mereka lihat pintu pagar dan kunci mangga sudah terbuka," tulisnya.

Acha bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku, namun masih sakit hati dengan insiden itu.

"Kami terkejut dan kecewa, namun bersyukur kerana tiada nyawa yang melayang. Namun, hati ini rasa sakit kerana banyak dokumen penting dan wang mas kahwin dirompak oleh orang yang mungkin sudah memerhati rumah ini sejak beberapa hari lalu," tulisnya.

Menerusi status lain, Acha menegaskan mengenai sokongannya kepada pihak polis Indonesia dalam membanteras keresahan dan menjaga keselamatan masyarakat negara itu sepanjang krisis Covid-19.

"Saya menyokong penuh pihak polis, untuk secara tegas membanteras keresahan kita bersama. Saya berbicara kerana waktu ini, mungkin adik saya. Tapi, di masa akan datang, adakah ada jaminan yang kita dapat rasa tenang untuk menyimpan barang-barang di rumah sendiri.

"Rakan-rakan, marilah kita sama-sama berwaspada akan fenomena ini. Di tengah pandemik bukan sahaja kesihatan yang terancam, tetapi juga ekonomi masyarakat juga terancam di samping tahap jenayah yang semakin menjadi-jadi.

"Jangan biarkan perompak beraksi dan selesa untuk berkeliaran tanpa ditangkap," tulisnya.

Sumber: Harian Metro
oleh Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my