WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TERUJA NAMPAK KELIBAT RONALDO DAN KELUARGA, PEMINAT KERUMUN KAPAL LAYAR SAMBIL MENYANYI

Ronaldo menghabiskan masa menikmati percutian bersama keluarganya selepas Juventus meraih gelaran juara


Back To Whats Hot

Siapa yang tidak teruja apabila terserempak dengan idola di depan mata?

Apatah lagi individu tersebut merupakan seorang bintang bola sepak antarabangsa yang menjadi kegilaan ramai.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan peminat teruja sebaik sahaja menyedari kelibat bintang Juventus, Cristiano Ronaldo berada di atas kapal layar berhampiran sebuah pantai peranginan.

Mereka kemudian beramai-ramai berenang menghampiri kapal Ronaldo sambil menyanyikan lagu.

Kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez sempat merakam detik-detik berkenaan dan memuat naik di laman Instagramnya.

Ronaldo menghabiskan masa menikmati percutian bersama keluarganya selepas Juventus meraih gelaran juara Serie A beberapa hari lalu.

Percutian pasangan ini turut disertai empat anak-anak mereka.

Ronaldo turut memuat naik foto percutian berkenaan di laman Instagramnya dengan kapsyen: "Tidak ada yang lebih baik daripada meraikan kemenangan anda dengan orang tersayang."

Sumber: mStar
Foto: Thesun.co.uk